05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Kursus Penyampaian Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2014

 
lanjut0001

 

23 Oktober 2014 (Khamis) - Cawangan Khutbah dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Kursus Penyampaian Khutbah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2014 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Y.Bhg Tuan Hj Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Kursus ini telah diadakan sebanyak 3 siri bermula 15 Oktober 2014 bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, siri 2 diadakan pada 16 Oktober 2014 bertempat di Masjid Bukit Aman dan siri 3 diadakan pada 23 Oktober 2014 bertempat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara. Kursus ini telah dihadiri seramai 65 orang peserta terdiri daripada Penolong Ketua Imam dan Imam Ratib yang bertugas di Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penyampaian khutbah yang betul, jelas, difahami dan berkesan kepada pendengar di samping didedahkan dengan intonasi pembacaan khutbah yang tepat bersesuaian dengan isi dan kandungan teks khutbah. Selain itu kursus ini juga bertujuan membentuk imam-imam yang berwibawa dan profesional dalam menyampaikan dakwah dan ilmu melalui khutbah.

alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel