05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Tahsin Qiraat Al-Quran Kepada Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan

Tahsin 01

18 Oktober 2014 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan telah berjaya mengadakan Bengkel Tahsin Qiraat Al-Quran Kepada Pemegang Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang betul dari segi makhraj dan sebutan. Seramai 100 peserta yang terdiri daripada pemegang tauliah mengajar telah mengikuti bengkel ini. Mereka merupakan Imam, Bilal, Guru Takmir dan Guru-Guru Sekolah Rendah Islam (SRAI) yang sedang berkhidmat dengan JAWI Labuan.

Bengkel ini diserikan dengan penampilan Ustaz Ahmad Rijal Bin Ghazali, Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Slot pada waktu pagi mengkhususkan ceramah mengenai makhraj huruf serta kesalahan dan pembetulan makhraj bacaan oleh penceramah yang dijemput khas. Manakala pada waktu petang, setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Mereka kemudian akan ditahsinkan atau diperbetulkan bacaan surah al-Fatihah serta ayat-ayat lazim mereka oleh fasilitator yang terpilih.

Majlis penutup bengkel tahsin qiraat ini disempurnakan oleh Al-fadhil Sahibul Fadhilah Ustaz Mohd Shukri bin Abd Ghani, Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga kerjasama seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa supaya tujuan untuk melahirkan masyarakat yang sempurna bacaan al-Quran dapat direalisasikan.

Tahsin 02   Tahsin 03
 Tahsin 04  Tahsin 05

Foto dan teks oleh:

Cawangan Pengurusan Kariah,

JAWI Labuan


Cetak   Emel