05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

maal hijrah 1436 067

25 Oktober 2014 (Sabtu) – Seramai 35 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menghadiri majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436H/2014M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Majlis bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu turut menyaksikan Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, 76, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak antara lain mengajak masyarakat menjadikan hijrah yang dilakukan Rasulullah S.A.W. dalam menyatukan dan mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar sebagai pedoman dalam mengurus kepelbagaian kaum yang ada di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan menolak sebarang bentuk kegiatan militan yang jelas tidak mencerminkan kemurnian Islam. Kegiatan tersebut sebenarnya berpunca daripada ketandusan dan kedangkalan pengetahuan tentang ilmu Islam hingga menjerumuskan seseorang itu kepada perbuatan yang jauh menyimpang daripada ajaran Rasulullah S.A.W. yang berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Antaranya beliau berkata, kegagalan memahami istilah serta pengertian jihad tanpa mengetahui maksudnya dengan lebih mendalam hingga menyebabkan pengertian mujahadah telah disalahtafsirkan.

Turut hadir ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

maal hijrah 1436 007 maal hijrah 1436 051
maal hijrah 1436 032 maal hijrah 1436 017
maal hijrah 1436 043 maal hijrah 1436 094

 

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel