05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kefahaman Islam Bersama OKU Cacat Pendengaran dan Fizikal 2014

 ok7           

19 OKOTOBER 2014 | 24 ZULHIJJAH 1435H (AHAD) -Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA), Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD), Kelab Orang Pekak Islam Kuala Lumpur (KOPIKL) dan Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM)  telah menganjurkan PROGRAM KEFAHAMAN ISLAM BERSAMA OKU CACAT PENDENGARAN DAN FIZIKAL 2014 bertempat di Dewan Perpustakaan DBKL, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. 

Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diadakan khusus kepada OKU Cacat Pendengaran dan Fizikal.  Program ini memberi penekanan kepada tiga (3) aspek utama iaitu Ibadah Qurban, Pemakanan dan pembentukan hati serta akhlak.  Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya konsep halal dan haram dalam islam dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang timbul. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang dan dihadiri oleh seramai 90 peserta yang melibatkan tiga (3) slot ceramah iaitu:

  • Slot 1 – Pengertian Ibadah Qurban oleh YBhg. Imam Muda Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal - Imam Muda Musim Pertama
  • Slot 2 – Makanan & Pembentukan Hati oleh Y.Bhg. Us. Muhamad Anas Ibrahim bin Mohd Zaini, Bahagian Penyelidikan, JAWI
  • Slot 3 – Kasih Sayang Penghubung Silaturrahim oleh Y.Bhg. En. Azhar bin Ismail, Presiden PRISMA

Majlis Perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa oleh YBhg. Encik Nik Firdaus bin Salleh, Presiden KLSD dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. Encik Azhar bin Ismail, Presiden Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA). Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Yusof bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.  Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik dan maklumbalas yang positif daripada peserta. Semoga segala ilmu yang dijelaskan oleh penceramah dapat difahami dan dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan diamalkan dalam kehidupan seharian.   

 

ok8  ok3 
 ok5  ok7
   


Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel