05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL JATI DIRI JAWI & 1RAMD

 

ram3

15-17 Oktober 2014 (Rabu - Jumaat)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama 1 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja) telah menganjurkan Bengkel Jati Diri 2014 bertempat di Kem  Sungai Besi, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi aspirasi dan inspirasi melahirkan modal insan yang berkeyakinan dan berdaya saing di samping mengeratkan ruh jemaah.

Program dimulakan dengan ucapan pembukaan dari  Pegawai Pemerintah Y. Bhg Tuan Lt.Kol. Megat Ahmad Najib Sharudi Bin Hj Megat Yunus sebagai Penaung Program. Seterusnya taklimat disampaikan kepada peserta seramai 50 orang yang majoriti terdiri daripada kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Pada hari pertama, peserta telah didedahkan berkenaan “Isu-isu Berkaitan Keselamatan Negara” oleh Kapten Adam Fahmi bin Ghazali, Kuliah Maghrib oleh Mejar (Us) Hj Daud bin Hj Mohamed Salleh dan “Protokol Dan Etika Kerja” oleh Kapten Mohamad Danial Azhardillah B Azaluddin. Peserta juga dilatih membuat kawad kaki dan senaman “Tiger Workout”.

Hari Kedua dimulakan dengan kuliah Subuh oleh Kapten Hanafiah Bin Mat Zin dan seterusnya senaman pagi. Para peserta kemudiannya diberi peluang menggunakan senjata M16 di lapang sasar dan diuji secara individu dan berkumpulan. Mereka juga diberi pendedahan mengenai pelbagai senjata yang digunakan dalam tentera. Kelasakan  peserta sekali lagi diuji di sebelah petang melalui aktiviti Jungle Tracking seterusnya Demostrasi Ikthtiar Hidup. Di sebelah malam pula, para peserta dan anggota tentera bersama keluarga dihidangkan dengan “santapan rohani” dari JAWI melalui Forum Perdana yang bertemakan “Keluarga Tonggak Kecemerlangan Ummah”. Dimoderatorkan oleh Ustaz Nik Mohd Marzuki Mohd Noor, forum dikupas menarik oleh para panelis terdiri daripada Ustaz Mohd Zaidi B Ramli, Ustaz Baharuddin Idris dan Ustazah Fathiah Abdul Rahman.

Hari Terakhir program dimulakan dengan Kuliah Subuh oleh Lt. Kol. Hamzah bin Adam. Peserta seterusnya dipertontonkan dengan Latihan Keyakinan Diri iaitu merentas halangan bersama skuad tentera. Menutup tirai program, acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JAWI, Y.Bhg Tuan Hj Paimuzi Hj Yahya seterusnya ucapan penutup oleh Pegawai Pemerintah Y. Bhg Tuan Lt.Kol. Megat Ahmad Najib Sharudi Bin Hj Megat Yunus. Mereka melahirkan harapan agar para peserta dapat meneruskan nilai displin yang tinggi, semangat berpasukan, setiakawan, cekap dan fokus yang dipelajari dalam tentera untuk diterapkan dalam usaha dakwah yang sentiasa seiring dengan arus transformasi negara. Moga jalinan kerjasama antara JAWI & 1RAMD dari segala aspek; fizikal, rohani, dan kekeluargaan diteruskan di masa akan datang agar manfaatnya dapat dikongsi bersama. 

 

ram1  ram2 
 ram4  ram8
 7ram  ram10
 ram5  ram6
15-17 okt 14 328  YANG NI

Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel