05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kefahaman Islam Siri 2/2014

23 hingga 24 September 2014 -

Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 2/3014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Zaidi Bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.

Program yang dihadiri 90 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini bertujuan:

  1. Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai 3 aspek penting agama iaitu akidah, syariah dan akhlak
  2. Membentuk intelek dan keperibadian yang tinggi di kalangan penjawat awam dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan Negara yang cemerlang
  3. Memberi panduan kepada penjawat awam dalam menyelesaikan permasalahan social yang timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan agama.

Hari pertama, 23 September 2014. Slot 1 dimulakan dengan tajuk "Persijilan Halal Malaysia" diikuti Slot 2 "Isu-isu Halal Malaysia". Kedua-duanya disampaikan oleh Ustaz Hawari dari bahagian Hub Halal JAKIM. Slot ketiga di sebelah petang bertajuk "Islamofobiakah kita?" telah disampaikan oleh Ustaz Nik Mohd Marzuki B Mohd Noor dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Manakala pada hari kedua, 24 Sept 2014, slot 1 "Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah" disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Slot 5 "Tazkiah an-Nafs" disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi B Ramli dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI manakala Slot 6 "Muhibbah antara Kaum" disampaikan oleh Ustaz Wan Jaapar dari JAWI Cawangan Putrajaya.

Moga program sebegini bukan sahaja untuk mencukupi kuota tujuh hari setahun berkursus, namun ilmu dan pengalaman yang dikongsi dapat dimanfaatkan dalam amalan seharian.

 ski1 ski4 
 ski3  ski5
   

Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel