05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

DSC 1289


 

29 November 2015 ( Ahad ) – Pusat Pentadbiran Zon 4 dengan kerjasama Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat telah mengadakan satu Program Khatan Perdana sempena awal cuti persekolahan pada tarikh 29 November 2015 bertempat di perkarangan Masjid Al-Akram dan Dewan Serbaguna Masjid.

 

Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga jam 2.30 petang yang dianggotai seramai 10 orang kakitangan Hospital Al-Islam serta dibantu oleh petugas dari masjid sendiri.

 

Peserta mula berarak sekitar jam 8 pagi diiringi paluan kompang dari pasukan Pasar Datuk Keramat dan dimandikan dengan jentera Bomba dari Pasukan Bomba Jelatek Kuala lumpur sekitar 20 minit. Seterusnya peserta berkumpul bersama keluarga untuk bersama-sama di dalam majlis perasmian program dan mendengar sedikit taklimat khatan yang telah disampaikan oleh Doktor Shahrul Azwan selaku ketua kumpulan pasukan khatan dari Hospital Al-Islam.

 

 Program ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Masjid Al-Akram Kg. Datuk Keramat iaitu, Tuan Haji Abdul Karim Bin Mat Asil.

 


DSC 1277 DSC 1268
DSC 1292 DSC 1293
   

 
Disediakan Oleh:

Pusat Zon 4,
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel