05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan Siri 2/2014

Belih 04

 

14 September 2014 (Ahad) – Cawangan Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menganjurkan Kursus Asas Penyembelihan Siri 2/2014 bertempat di Masjid Nur Iman Kampung Ganggarak. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 53 orang peserta yang terdiri daripada kariah Kampung Ganggarak Wilayah Persekutuan Labuan.

Kursus tersebut diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang selok belok kaedah penyembelihan yang selari dengan syariat Islam. Selain daripada itu kursus seperti ini juga boleh mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam dalam kepentingan memilih makanan yang sihat, bersih dan halal. Kursus ini juga dapat memberi peluang kepada anak-anak muda kampung untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam dan memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang yang disarankan oleh islam.

Antara pengisian dalam Kursus Penyembelihan Siri 2/2014 iaitu teori penyembelihan dan praktikal penyembelihan. Cawangan Penyelidikan JAWI Labuan telah menjemput penceramah daripada Jabatan Penjara Malaysia iaitu Ustaz Mohd Najah Bin Hj. Elias.  Penceramah telah membentangkan kertas kerja berkenaan dengan Asas dan Etika Sembelihan. Dalam tajuk ini penceramah menerangkan tentang Pengertian, Hukum, Dalil Penyembelihan, Rukun, Syarat Sah dan Hikmah Penyembelihan.

Setelah selesai pembentangan kertas kerja yang didedahkan oleh penceramah, para peserta telah didedahkan dengan Praktikal Sembelihan yang dikendalikan oleh Ustaz Sadakhatullah Bin Abas daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Dalam sesi tersebut semua peserta yang hadir telah diberi peluang untuk menyembelih (ayam) mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam.

Menerusi penganjuran kursus ini, diharapkan agar pemilihan makanan yang sihat dan halal akan lebih dititikberatkan oleh setiap individu muslim dalam kehidupan seharian.

Belih 01 Belih 02
Belih 03 Belih 04

Foto dan teks oleh:

Cawangan Penyelidikan,

JAWI, Labuan


Cetak   Emel