05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) 2014 JAWI Labuan

Pdp 3.1

13 September 2014 (Sabtu) – Unit KAFA Cawangan Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menganjurkan Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) 2014 yang diadakan di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah yang bertujuan untuk memberi  pendedahan kepada guru-guru KAFA lantikan baru 2014 berkenaan kaedah penyediaan buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan perkara-perkara yang membantu keberkesanan proses PdP di peringkat kelas. 

Seramai 15 orang guru KAFA yang mengikuti Bengkel ini. Bengkel tersebut telah dimulakan pada malam 13 September 2014 selama tiga hari sehingga 15 September 2014 dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) JAWI Labuan dengan diikuti ceramah pertama yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Nur Adibah Binti Zakaria  (Penolong Pegawai Pelajaran DG29) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan yang bertajuk “Kaedah Penghasilan Rancangan Pengajaran Harian” dan seterusnya pembahagian tugasan mengikut kumpulan masing-masing.

Pada hari ke dua Bengkel ini diteruskan lagi disebelah pagi dengan pembentangan setiap kumpulan dengan pemantauan Ustazah Nur Adibah Binti Zakariah (Penolong Pegawai Pelajaran DG29). Pada jam 2.00 petang para peserta bengkel diberikan tugasan berbentuk permainan yang bertajuk etika dan akuntabaliti guru dan peserta juga diminta membuat laporan hasil dari aktiviti yang diadakan dan dibentangkan pada sisi sebelah malam. Aktiviti ini dikawal selia oleh penceramah jemputan daripada pensyarah Universiti Malaysia Sabah iaitu Encik Hasnol Bin Noordin. 

Sesi pemurnian mengisi hari ke tiga seterusnya mengakhiri Bengkel Pengajaran dan Pembelajaran Guru Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) 2014. 

Menerusi penganjuran bengkel ini, diharapkan agar semua guru yang terlibat dapat meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan rancangan pengajaran dan seterusnya memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri diperingkat kelas.

Pdp 1.1 Pdp 1.3
Pdp 2.1 Pdp 2.2
Pdp 2.3 Pdp 3.3

Foto dan teks oleh:

Unit KAFA Cawangan Pelajaran

JAWI, Labuan


Cetak   Emel