05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Korban Membentuk Syahsiah Diri

Korban Membentuk Syahsiah Diri 

 

28 September (Ahad) – Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dengan kerjasama DBKL dan Persatuan Penghuni Rumah Kediaman (PPRK) PDRM juga kawasan sekitarnya telah mengadakan Program Pengukuhan Akidah : Korban Pembentukan Syahsiah Diri di Dewan Serbaguna PDRM, Blok Melati Keramat Wangsa Kuala Lumpur. Aktiviti ini adalah sebahagian dari Program Gerak Tumpuan (PGT) yang telah dirancang sepanjang tahun 2014.

Program yang bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini dihadiri oleh seramai 130 peserta.  Program ini terbahagi kepada dua sesi iatu sesi pengisian secara teori dan ceramah, kemudian diikuti dengan praktikal penyembelihan melibatkan sebanyak 60 ekor ayam dan seekor lembu. Program ini bertujuan mendedahkan masyarakat terhadap pengertian ibadah korban yang sebenarnya menurut akidah Islam, perlaksanaannya mengikut syariat dan adab-adab yang perlu dilaksanakan oleh  setiap individu muslim. Pengisian program disampaikan oleh YBhg. Ustaz Abdul Halim Zakaria dan YBhg.
Ustaz Mohd Anas Ibrahim Bin Mohd Zaini
dari Bahagian Penyelidikan JAWI.

Majlis Perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan aluan oleh Ustaz Baharuddin Idris, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah yang mewakil Pengarah JAWI. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa, Kuala Lumpur. YB Dato’ Ahmad Fauzi juga telah bermurah hati menyumbangkan seekor lembu dan turut terlibat di dalam praktikal penyembelihan ayam.

Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang cukup baik dan respon yang positif daripada peserta. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.   

 

   
   


Foto & Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel