05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 JAWI Anjur Program Memperkasa Ilmu Tahsin Al-Sout

 

Melaka -  12 -14  September  2014, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melalui Bahagian Pengurusan Dakwah telah mengadakan Kursus Tahsin  Hafazan & Tilawah al-Quran Tahun 1435H/2014M bertempat di Puteri Resort Ayer Keroh, Melaka.  

 

Majlis yang berlangsung selama 3 hari 2 malam  ini telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah,  Bahagian Pengurusan Dakwah iaitu YBhg. Ustaz Ahmad Zaidi bin Ramli dan 3 orang  penceramah jemputan  iaitu  Ustaz Nik Azizan bin Dato’ Nik Jaafar, Ustaz Muhammad Zaki bin Ab. Rahman dan Ustaz Ahmad Mujahid bin Salleh Sani.

 

Kursus ini bertujuan memberi  pendedahan dan motivasi kepada  para peserta khususnya kepada huffaz, qari dan qariah yang akan  menyertai Majlis Hafazan al-Quran dan Majlis Tilawah al-Quran peringkat  Wilayah Persekutuan. Seramai  30 orang peserta yang terdiri daripada  para pelajar  dan individu dari agensi/jabatan kerajaan dan swasta telah menyertai kursus ini.

 

Dalam rangka  memantapkan  tahap bacaan al-Quran sama ada hafazan atau tilawah, Pengenalan kepada Ilmu Qiraat, Riwayat & Tariq, Penguasaan Hafazan dan Etika Hamalat al-Quran, Praktikal Hafazan al-Quran dan Tasmik Hafazan al-Quran serta Tahsin as-Sout menjadi pengisian  dalam kursus ini.

 

Pada keseluruhannya kursus ini telah memberi manfaat yang besar khususnya dalam memupuk semangat kecintaan terhadap ilmu al-Quran kepada para peserta.

 

BT1BT2BT3BT4BT5BT6 

 Gambar dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel