05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Taklimat Pengauditan Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2013
 
lanjut0001
 
 
10 September 2014M/ 14 Zulkaedah 1435H (Rabu) - Bahagian Pengurusan Kariah JAWI dengan kerjasama Unit Audit Dalam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan 3 siri Taklimat Pengauditan Kewangan Masjid dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi tahun kewangan berakhir 2013. Taklimat telah disampaikan oleh pegawai daripada Syarikat Akauntan Bertauliah Taat & Associates yang dilantik oleh MAIWP untuk mengaudit kewangan Masjid dan Surau Jumaat.
 
Siri 1 telah dilaksanakan pada 8 September 2014 di Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan yang melibatkan Pengerusi  dan Bendahari Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 3, 5 dan Putrajaya. Siri 2 telah dilaksanakan pada 9 September 2014 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju  yang melibatkan Pengerusi dan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 2 dan 4. Manakala Siri 3 pula telah dilaksanakan pada 10 September 2014 di Masjid Al-Imam Al Ghazali,  Bandar Manjalara yang melibatkan Pengerusi dan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat dari Zon 1 dan 6.
 

Tujuan utama taklimat ini disampaikan adalah untuk memberi panduan dan kefahaman kepada pihak pengurusan Masjid/ Surau Jumaat terutamanya kepada Bendahari Jawatankuasa Kariah Masjid/Surau Jumaat mengenai proses dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan ketika sesi pengauditan kewangan dijalankan. Mengikut jadual,  sesi pengauditan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dijangka akan bermula pada 15 September 2014.


alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel