05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROGRAM PERJUANGAN SUBUH

PERJUANGAN SUBUH


 
lanjut0001

5-6 September 2014 (Sabtu dan Ahad) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Perjuangan Subuh bertempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Bandar Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur.

Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia. Penyertaan program ini telah mensasarkan golongan remaja yang terdiri daripada para pelajar sekolah dan penduduk tempatan. Seramai 650 orang telah berjaya dikumpul bagi menjayakan program ini. Beberapa pengisian program telah dijalankan yang bermula pada Jumaat 5 September 2014 mulai jam 7.00 malam sehingga Sabtu, 6 September 2014 jam 2.00 petang.

Di antara pengisiannya ialah solat Maghrib dan Isyak berjamaah, aktiviti dalam kumpulan, qiamullail dan solat Subuh berjamaah, kuliah Subuh oleh Ustaz Shahrizan Bin Daud at-Turabi, gotong-royong, solat sunat Dhuha bersama Ustaz Zul Ramlee dan Inspirasi Ikon bersama artis Heliza Helmi.


alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel