05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PENGURUSAN TANAH PERKUBURAN ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2014

 
lanjut0001
 
Bahagian Pengurusan Kariah, JAWI telah mengadakan Bengkel Penyediaan Garis Panduan Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan pada 2 hingga 4 September 2014 bertempat di Lanjut Golden Beach & Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.
 
Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincang dan menyediakan satu garis panduan yang menyeluruh untuk digunapakai sebagai peraturan dan rujukan kepada para pentadbir tanah perkuburan Islam, pihak-pihak yang berkaitan dan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkaitan tatacara pengurusan tanah perkuburan Islam dan pengebumian jenazah orang Islam selaras dengan kehendak hukum syarak.
 
Bengkel ini melibatkan Pegawai-pegawai Bahagian Pengurusan Kariah yang terdiri daripada Penolong-penolong Pengarah Kanan Zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Penolong-penolong Pengarah Cawangan di Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. Turut sama menyertai bengkel ini YBhg. Tuan Haji Jaafar bin Haji Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Kariah seterusnya mengetuai perbincangan draf garis panduan tersebut.

alt alt
alt alt
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel