05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ziarah Dakwah Tautan Kasih Siri 1/2014

 

9 September 2014 –

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah mengadakan program Ziarah Dakwah Tautan Kasih ke Rumah Ehsan, Jalan Sinaran, Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan. Rumah yang menempatkan kira-kira 111 penghuni warga emas terdiri daripada 57 penghuni lelaki dan 54 penghuni wanita kelainan upaya, terlantar dan tidak berwaris ini telah mula beroperasi sejak tahun 1998 dibawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Program ini bertujuan memberi ruang dan peluang kepada kakitangan untuk turun padang bercampur, bergaul dan merasai denyut nadi golongan yang kurang bernasib baik di kalangan masyarakat. Sasaran tersebut juga dapat diceriakan melalui pemberian sumbangan & merasai pengalaman beramah-mesra bersama kakitangan. Di samping itu, program seumpama ini juga dapat mengeratkan silaturrahim bersama jabatan kerajaan yang lain.

Seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JAWI diketuai oleh Us. Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyelarasan & Kebajikan Islam telah menyertai program ziarah ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi beramah-mesra bersama penghuni dan pemberian sumbangan berbentuk barang-barang keperluan diri.

 kkb2  kkb5
 kkb6  kkb11
 kkb9  kkblast

 

 

Disediakan:

Foto oleh Unit Perhubungan Awam JAWI

Teks oleh Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel