05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

PROJEK SUKARELAWAN MUSLIM 2014

6 – 7 September 2014M/ 11-12 Zulkaedah 1435H (Sabtu & Ahad)

 

Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Firdausi Wilayah Persekutuan dan Selangor (PAFI) telah mengadakan program Projek Sukarelawan Muslim bertempat di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia, Bangunan Darul Jam’iyah, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

 

 

Program ini merupakan bengkel Training of Trainers (TOT) bagi melatih dan mendidik para sukarelawan Muslim bagi menjalankan tugas terhadap sasaran Komuniti Disayangi (pesakit HIV/ AIDS, maknyah, pekerja seks, gelandangan dan penagih dadah). Peserta program ini terdiri daripada 20 orang peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

 

 

Objektif program ini adalah memberi kefahaman terhadap maksud kesukarelaan dan kemanusiaan, selain melahirkan sukarelawan yang berinisiatif dan mampu membuat keputusan terbaik dalam setiap aktiviti kesukarelaan yang dijalankan. Justeru, melalui program ini, para peserta telah diberi kefahaman berkaitan sasaran Komuniti Disayangi, kaedah temu seru (outreach), kaedah kaunseling, serta menjalani praktikal temubual golongan sasaran di Kedai Makan Asnaf 1Malaysia.

Melalui pendidikan dan praktikal dalam program ini, para sukarelawan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam dunia kesukarelaan pada masa akan datang. Diharapkan para sukarelawan Muslim ini akan menjadi pemangkin kepada usaha dakwah jabatan ini terhadap sasaran Komuniti Disayangi. 

 

 

 

asnaf1asnaf2asnaf4asnaf3 

 

 

Foto dan teks disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel