05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Kefahaman Islamofobia: "Air Mata Gaza"

5 September 2014M/ 10 Zulkaedah 1435H (Selasa)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa (IPG KBA) telah bersama menganjurkan Kursus Kefahaman Islamofobia dengan tema “AIR MATA GAZA” bertempat di Auditorium Dato’ Ghazali Ismail, IPG KBA, Jalan Pantai, Kuala Lumpur. Program ini mendapat sambutan luar biasa apabila kehadiran hampir 400 orang terdiri daripada pelajar, kakitangan IPG serta penjawat awam. 

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk menjelaskan bahaya Islamofobia melalui isu Gaza dalam politik global. Di samping itu, masyarakat dunia perlu disedarkan tentang keganasan Zionis terhadap penduduk Gaza. Program seumpama ini juga adalah untuk menzahirkan sokongan kerajaan terhadap nasib rakyat di Gaza.

Program dimulakan dengan tayangan video yang memaparkan latarbelakang konflik Gaza. Seterusnya ucapan aluan telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI, Ustaz Yusof B Mamat. Seterusnya program telah dirasmikan oleh Pengarah IPG KBA, Puan Hajah Rohana Bt Kamarudin.

Kemuncak program “ Islamofobia: Gaza dalam Politik Global ” telah disampaikan oleh Prof Dato Mohamad B Abu Bakar. Beliau merupakan Profesor di Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya dan Penyandang Kerusi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat 2005-2007. 

 

ttallprofpenontonNIKlast

 

Disediakan oleh:

Foto dari Unit Perhubungan Awam JAWI

Teks dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel