05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Ihtifal Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2014

majlis ihtifal 26 ogos 2014 083

26 Ogos 2014 (Isnin) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Ihtifal Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2014 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Program Ihtifal merupakan aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di seluruh SRA dan KAFA JAWI Kuala Lumpur, Purajaya dan Labuan. Perlaksanaannya berasaskan modul Ihtifal Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pada tahun 2012.

Objektif Majlis Ihtifal ini diadakan sebagai medan mencungkil bakat dalam kalangan murid melalui pelbagai acara yang dipertandingkan serta memupuk minat murid menyertai program-program yang menerapkan nilai-nilai Islam yang diharapkan mampu mencegah dari gejala yang tidak sihat.

Selain itu, majlis ini turut mengembangkan kemahiran dan bakat semulajadi murid untuk menjadi insan yang lebih berketerampilan serta berkeyakinan diri di samping mewujudkan kegiatan kokurikulum yang berdaya saing di SRA dan KAFA seiring dengan aktiviti kokurikulum di sekolah aliran perdana.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Ayat Al-Quran, Bercerita kisah-kisah Nabi/Para Sahabat, Syarahan, Khat dan Nasyid secara berkumpulan kesemuanya dibahagikan kepada kategori lelaki dan perempuan.

Perasmian majlis penutup telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Zakariah Bin Isa, Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan dan YBhg. Puan Hajjah Khatijah Binti Abd Rahman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pelajaran.

 

majlis ihtifal 26 ogos 2014 020 majlis ihtifal 26 ogos 2014 029
majlis ihtifal 26 ogos 2014 102 majlis ihtifal 26 ogos 2014 104
majlis ihtifal 26 ogos 2014 221 majlis ihtifal 26 ogos 2014 272

 

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel