05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ihya' Ramadan Bersama OKU Cacat Pendengaran 2014

K1

12 & 13 JULAI 2014M (AHAD)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama PERSATUAN ORANG PEKAK ISLAM MALAYSIA (PRISMA), PERSATUAN ORANG PEKAK KUALA LUMPUR (KLSD) dan KELAB ORANG PEKAK ISLAM KUALA LUMPUR (KOPIKL) telah mengadakan program Ihya' Ramadan Bersama OKU Cacat Pendengaran 2014 bertempat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur melibatkan lebih 100 orang peserta dewasa, remaja dan kanak-kanak. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Ybhg. En. Azhar bin Ismail selaku YDP Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) merangkap Presiden Persatuan orang Pekak Kuala Lumpur (KLSD) . Seterusnya program telah dirasmikan oleh Y.Bhg Ustazah Husna Junaibi dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. 

Objektif program tersebut adalah:

 

1

Mengajak golongan OKU untuk menghayati dan mengimarahkan hari-hari di bulan Ramadhan dengan amalan-amalan sunnah.

2

Menggalakkan warga OKU khususnya & normal amnya kearah penghayatan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan seharian

3

Melatih dan membimbing warga OKU ke arah pembentukan peribadi muslim yang  beriman dan bertaqwa dengan sebenarnya.

4

Sebagai Platform untuk memastikan misi dakwah JAWI kepada golongan OKU terlaksana.

Pengisian Program:

1. Klinik Solat  - praktikal berkenaan dengan wuduk, tayamum dan solat

2. Pertandingan mewarna/ melukis/ Azan ( Kanak-kanak)

3. Ceramah ‘ Ramadan Bulan Yang Mulia’ - Menggalakkan OKU Pekak supaya menghayati dan mengimarakan hari-hari dibulan ramadhan dengan ibadah-ibadah yang dianjurkan dalam Islam dan supaya mereka mencintai dan memuliakan bulan Ramadhan sepertimana sambutan hari-hari yang lain.

4. Sejarah penubuhan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad

5. Tanyalah Ustaz - memberi ruang dan peluang kepada para peserta untuk bertanya secara langsung kepada ustaz berkenaan dengan permasalah-permasalahn Fiqh dan sebagainya.

6. Qiamulail dipimpin oleh: Ybhg. Ustaz Ahmad Firdaus bin Nordin

7. Kuliah Subuh - Tajuk: “ Zakat Menyucikan Harta dan Jiwa” oleh Ybhg. Us. Ahmad Firdaus bin Nordin

 

K2K3K4K5

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI


Cetak   Emel