05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ihya' Ramadan Komuniti Disayangi 2014

MAIN

19 - 20 Julai 2014/ 21 - 22 Ramadhan 1435H (Sabtu - Ahad)

 

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Ulama' Malaysia Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan 1Charity Foundation  telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan Komuniti Disayangi bertempat di Harmony Excellence Resort, Janda Baik, Pahang.

Program 2 hari 1 malam ini telah disertai oleh 40 peserta yang terdiri daripada golongan gelandangan dan maknyah. Program ini bertujuan memberi pengetahuan asas fardhu ain dan menghayati ibadah di bulan Ramadan dalam persekitaran yang kondusif.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah praktikal wudhu, mandi hadas dan tayammum, kuliah maghrib dan subuh, solat terawih berjemaah, qiyamullail dan slot motivasi. Kuliah subuh pada hari kedua menyentuh mengenai tahap keimanan dan kehidupan manusia yang mesti sentiasa dipertingkatkan sesuai dengan akal yang dikurniakan oleh Maha Pencipta.

Slot motivasi yang dikendalikan oleh Saudara Mohd. Raffie b. Jaafar dari Pertubuhan Amal Firdausi Kuala Lumpur dan Selangor (PAFI) benar-benar menjentik emosi para peserta apabila beliau mengingatkan tentang kejadian serta peranan manusia dan bahawasanya Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Program ini telah mendekatkan hati para peserta dan urusetia dalam usaha JAWI memahami kesukaran hidup dan keperluan golongan gelandangan. Semoga program ini memberi manfaat kepada kehidupan golongan ini serta diteruskan pada masa hadapan.

HE16HE18HE17he5

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI

 


Cetak   Emel