05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sumbangan Ikhlas Kepada Keluarga Pegawai JAWI, Allahyarham Encik Hassan Mohd Zain Yang Meninggal Dunia

 

3 Julai 2014 (Isnin)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini memberi sumbangan derma kilat kepada keluarga pegawai JAWI, Allahyarham Hassan Bin Mohd Zain yang meninggal dunia pada22 Jun 2014lalu akibat penyakit lelah.


Sumbangan berkenaan disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Musa Bin Ranli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI kepada isteri Allahyarham, Puan Roslina Binti Mohd di kediaman mereka di Presint 16, Putrajaya.


Hadir sama ialah Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan, Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI serta beberapa pegawai dari Bahagian Khidmat Pengurusan JAWI.


Haji Musa berkata pihak JAWI mengambil inisiatif mengadakan kutipan derma kilat di kalangan pegawai dan kakitangan JAWI bagi membantu meringankan beban keluarga Allahyarham dan berharap agar mereka sekeluarga tabah untuk menghadapi ujian dari Allah S.W.T.


Allahyarham Hassan merupakan bapa kepada empat orang anak dan bertugas sebagai Pengawal Keselamatan JAWI. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 53 tahun ketika bertugas di pejabat operasi JAWI, Kompleks Pusat Islam, di sini, jam 3.00 pagi.


Seluruh warga JAWI mengucapkan takziah dan mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

 

 

   

 

 

Foto dan teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,

JAWI


Cetak   Emel