05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Kemahiran Komunikasi Pendakwah

Bengkel Kemahiran Komunikasi Pendakwah
 
alt

8 Julai 2014M/ 10 Ramadhan 1435H -
 
Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Kemahiran Komunikasi Pendakwah bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
 
Bengkel selama 3 jam ini telah dihadiri lebih 30 kakitangan JAWI yang kebanyakkannya terdiri daripada kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah. Bengkel diadakan bertujuan menambah kemahiran para da'ie untuk lebih mengenali diri sendiri dan mad'u. Pengisian bertajuk "Kemahiran NLP untuk Pendakwah" telah disampaikan dengan begitu berkesan oleh penceramah dan pakar motivasi, Ustaz Idzhar Bin Jumali, Perunding Utama Selfcure Resources. 

Dalam konteks dakwah, pendedahan asas tentang NLP - Neuro Linguistic Programme amat berguna kepada para da'ie dalam memprogramkan diri menjadi fleksibel & 'masuk' dengan pelbagai kategori mad'u. 'Auditori', 'Visual' dan 'Kinestetik', 3 unsur utama dalam teori NLP yang diasaskan oleh barat ini sebenarnya telah pun disebut di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 78 yang bermaksud : "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran; supaya kamu bersyukur." Kaedah ini juga telah lama digunapakai oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW sepanjang perjuangan dakwah baginda menyebarkan Islam. Berpandukan wahyu & hadis, semoga kita turut sama berupaya  mempraktikkan ilmu ini dalam kehidupan seharian.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 

Cetak   Emel