|
TUJUAN DAN MATLAMAT KESWI
-
Penubuhan kelab adalah bertujuan untuk menyatupadu dan mengeratkan hubungan pegawai dan kakitangan JAWI melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan sukan
-
Membuat program atau aktiviti sukan bagi mengisi tabung kelab
-
Menyertai aktiviti perniagaan bagi menambah tabungan kelab untuk manfaat semua ahli dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh kelab hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan akan digunakan bagi melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab. Dan tidak sebahagian pn daripada wang atau keuntungan itu akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab sungguh pun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat secara baik untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada kelab.
-
Memohon sumbangan daripada pihak-pihak tertentu bagi menjalankan aktiviti kelab dengan mendapat kebenaran daripada pihak tertentu.
-
Menganjurkan program-program untuk memungut derma bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan dari orang perseorangan dan agensi-agensi dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan.
-
Menganjurkan pelbagai aktiviti sukan dengan mengenakan bayaran penyertaan.
-
Menganjurkan lawatan dalam dan luar negeri bagi tujuan menambah sumber pendapatan.
-
Menganjurkan pertandingan sukan dalaman (indoor game) dan luaran (outdoor game) di antara agensi-agensi lain jika perlu.
-
Membuat sumbangan kewangan untuk kebajikan ahli-ahli seperti perkahwinan, kelahiran anak pertama, dan lain-lain sumbangan yang diputuskan oleh mesyuarat jawatankuasa kelab.
|