05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kursus Pemantapan Akidah Saudara Muslim 2013

alt

11 Disember 2013M/ 8 Safar 1435H (Rabu)
Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pemantapan Akidah Saudara Muslim tahun 2013 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Kursus ini diadakan bertujuan:-
  1. Melahirkan lebih ramai pelapis yang bertindak sebagai mentor kepada Saudara Muslim lain yang baru memeluk Islam dalam membantu pihak Jabatan khususnya dalam usaha menjayakan misi dan visi dakwah terhadap Saudara Muslim.
  2. Memupuk dan membudayakan semangat cintakan ilmu sekaligus membentuk kesempurnaan peribadi sebagai seorang muslim.
  3. Melahirkan Saudara Muslim yang mantap dari segi kefahaman dan kukuh aqidahnya.
  4. Membina jalinan ukhuwah yang erat dan bersatu atas nama Islam di kalangan Saudara Muslim.
     
Pelbagai aktiviti telah dilakukan dalam menjayakan kursus ini termasuk acara 'ice breaking’, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), slot koreksi diri serta solat berjemaah. Kursus ini berakhir dengan acara kemuncak dengan persembahan daripada peserta dan penyampaian hadiah serta cenderahati pada  Malam Apresiasi Seni.

alt

alt

alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Kebajikan Saudara Baru
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)