05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Hari Riadhah Mahabbah 1 Wilayah 2013M 1435H
alt
 
9 November 2013 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Program Hari Riadah Mahabbah 1Wilayah Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2013M/1435H bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
 
Program Hari Riadah Mahabbah diadakan bagi mengeratkan hubungan ukhuwwah Islamiah dan mengukuhkan ikatan mahabbah antara warga institusi masjid dan JAWI di samping melahirkan individu yang bergiat aktif dalam aktiviti sukan sekaligus meningkatkan tahap jasmani dan kesihatan yang baik serta memupuk semangat kesukanan dan disiplin diri serta memberi peluang dan ruang kepada peserta untuk mempamerkan bakat dalam sukan yang dipertandingkan.
 
Seramai 504 orang peserta dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menyertai melalui penyertaan dari 7 Pusat Zon di bawah JAWI. Tujuh acara yang dipertandingkan antaranya futsal, bola tampar, bola jarring, sepak takraw, ping pong, badminton dan boling.
 
Acara turut dirasmikan oleh YBhg. Tuah Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Turut hadir, YBhg. Tuan Saadon Bin Suraji (Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Wilayah Persekutuan), YBhg. Tuan Haji Che Hussain Bin Isa (Timbalan Pengarah Operasi JAWI) dan Ketua-ketua Bahagian JAWI.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria