05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013
alt
 
27 Ogos 2013 (Selasa) – Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013 ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI), Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA), Bukit Aman bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.
 
Objektif utama seminar diadakan bagi meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni.
 
Selain itu, seminar ini memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan sebuah keluarga di dalam melawan arus globalisasi bagi membentuk Negara yang cemerlang dan terbilang di samping memberikan penerangan tentang peranan setiap individu di dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi.
 
Terdapat tiga slot ceramah antaranya ‘Ceramah 1 : Suami Dambaan Isteri dan Isteri Dambaan Suami’ disampaikan oleh YBhg. Ustaz Che Hashim Bin Said (Pendakwah Bebas). Diteruskan dengan ‘Ceramah 2 : Mahligai Kasihku Bahagia’ oleh YBhg. Ustazah Zawiyah Binti Hassan (Pendakwah Bebas). Diakhiri ‘Ceramah 3 : Cara Mengatasi Konflik Rumahtangga’ oleh YBhg. Ustaz Alwi Bin Parman (Pendakwah Bebas).
 
Majlis diakhiri dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Majlis Perasmian Penutup oleh YBhg. Ustazah Kamariah Binti Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPK, JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Zakaria