05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramdhan 1434H
alt
 
16 Julai 2013 (Selasa) – Pusat Pentadbiran Zon 3 & 4 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Ihya’ Ramdhan 1434H di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau bersama pemimpin rakyat dan untuk menyampaikan sumbangan Ihya’ Ramadhan kepada Masjid/Surau Zon 3 & 4.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan penyampaian mock cheque bernilai RM1,807,000.00 untuk diagihkan kepada Masjid/Surau di bawah Pentabiran Zon 3 & 4. Majlis telah dihadiri seramai 600 orang Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau dan juga telah dihadiri oleh YB. Datuk Johari Bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan YB. Datuk Ahmad Fauzi Bin Zahari, Ahli Parlimen Setiawangsa.
 
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diteruskan dengan ucapan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan penyampaian mock cheque. Seterusnya majlis ini diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.
 
Secara keseluruhannya, majlis yang dianjurkan ini telah berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik daripada tetamu yang hadir. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan dating supaya dapat mengekalkan tautan silaturrahim antara satu sama lain.

alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 4