Kursus Pembangunan Saudara Muslim Atau Kembara Ilmu Siri 1 & 2 2013
Program yang berbentuk lawatan ini bermula jam 8.00 pagi iaitu berkumpul di hadapan Masjid Negara sebelum bertolak ke Anggur Sendayan Fruit Farm di Sendayan Negeri Sembilan. Di Anggur Sendayan Fruit Farm, peserta didedahkan dengan kaedah penanaman anggur disamping tanaman-tanaman yang lain seperti jambu batu, bidara, terung dan lain-lain. Menjelang tengahari, peserta di bawa melawat ke Nurafood Industries di Semenyih Selangor. Nurafood Industries merupakan perusahaan kuih bakar dan makanan sejuk beku yang diusahakan oleh Puan Nura binti Mardi dan suami yang juga saudara muslim iaitu Encik Jasmi Tan bin Abdullah. Disini peserta didedahkan kepayahan, kegigihan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengusaha dalam memajukan diri. Kursus ini juga dilihat sebagai platform pertemuan sesama saudara muslim untuk saling mengenali, bertukar-tukar pengalaman serta pandangan dan sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat dan menghapuskan rasa inferiority complex dalam diri mereka. Secara keseluruhannya, kebanyakan peserta memberi respon positif dan mengharapkan pihak Jabatan mengadakan lebih banyak program pada masa-masa akan datang bagi meningkatkan keyakinan diri mereka yang bergelar muallaf. Foto dan teks oleh: Cawangan Kebajikan Saudara Baru Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI |
Jumlah paparan: 6442