05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

PROGRAM MAULID DI SYA’BAN, MASJID AL-HIDAYAH SG. PENCHALA (MAHSP)

PROGRAM MAULID DI SYA’BAN,  MASJID AL-HIDAYAH SG. PENCHALA (MAHSP)

alt

30 Jun 2013 / 21 Sya'ban 1434H : Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala (MAHSP) di bawah kelolaan Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6, Bahagian Pengurusan kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ustaz Hazman B. Che Mohamad telah menganjurkan Program Sempena bulan Sya'ban dengan nama "Maulid Di Sya'ban". Program ini dihadiri hampir 500 orang terdiri daripada  Ahli Kariah Kampung Sungai Penchala dan penduduk di sekitar Lembah Klang.
 
Program yang dianjurkan di Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala bertujuan menambahkan lagi pengetahuan dan kecintaan serta kerinduan terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W di samping memberi pengetahuan dan pendedahan berkenaan dengan bulan Sya’ban. Pada masa yang sama mempamerkan bentuk-bentuk kesenian dan hiburan yang dianjurkan di dalam Islam. Program tersebut dipimpin oleh Yg. Bhg. Al-Fadhil Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid bersama Kumpulan Hadrah dari Majlis Ta'lim Darul Murtadza iaitu Ahbabul Habib.

Program  dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad Fairos B. Awang, Timb. Ketua Imam, disusuli dengan bacaan Maulid Adh-Dhiya’ul Lami’ dan diselang-selikan dengan alunan Qasidah yang dikendalikan oleh Ahbabul Habib (kumpulan hadrah Darul Murtadza). Kemuncak program, Al-fadhil Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid menyampaikan Tausiyyah beliau.  Majlis ditangguhkan setelah penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Tuan Guru Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid oleh Dato Wira Hj. Thobrani B. Hj Hanafi, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Sg.Penchala dan penyampaian cenderahati kepada wakil Ahbabul Habib (kumpulan Hadrah Darul Murtadza) oleh Datuk Hj. Abdul Halim B. Abd. Hamid, Timb.Pengerusi Masjid Al-Hidayah. Setelah solat Isyak dan Jamuan makan, majlis pun  bersurai.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Masjid Al-Hidayah, Sg. Penchala
Bahagian Pengurusan Kariah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 
 


Cetak   Emel