05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
KURSUS KEPIMPINAN:
"PIMPINAN HARI INI MENCORAK MASYARAKAT MASA HADAPAN"

alt
 
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan bersempena Program Gerakan Tumpuan (PGT) kepada wakil Persatuan Penduduk Perumahan Rakyat (PPR) Sentul bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur, Bukit Keluang, Besut, Terengganu pada 17 hingga 19 Mei 2013 (Jumaat - Ahad). Program anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar ini telah dihadiri 30 peserta yang terdiri daripada pengerusi PPR, Ahli Jawatankuasa PPR dan wakil dari setiap PPR.

Antara objektif program ialah untuk:
1. Menghayati pengertian dan tuntutan hidup sebagai seorang pemimpin Muslim
2. Memenuhi tuntutan dakwah bil-hal dan dakwah bil-lisan
3. Menjalin hubungan baik antara JAWI dengan kumpulan sasar melalui program turun padang.

Program yang berjalan selama 3 hari bermula dengan taklimat program oleh Penyelaras program dari JAWI, Ustazah Sakdiah bt Mohamed Nusi. Pelbagai program diadakan sepanjang 3 hari seperti kuliah subuh, ceramah agama dan motivasi, aktiviti LDK, qiamullail, riadhah dan lawatan mahabbah ke Masjid Kristal serta program Jom Singgah Pasar Kuala Terengganu - "Pasar Payang". Program diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup oleh YBhg. Tuan Ibrahim bin Deris, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Di akhir program para peserta turut dianugerahkan sijil dan hamper sebagai tanda  penghargaan.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto & teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)