05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Taklimat Semasa : Isu-Isu Pencetakan Teks Al-Quran
alt

16 Mei 2013 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Taklimat Semasa : Isu-isu Percetakan Teks Al-Quran bertempat di Dewan Syura Wawasan, Menara Pusat Islam. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nawi Bin Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Bahagian Percetakan Al-Quran, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Percetakan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI. Taklimat ini juga telah dihadiri oleh Tuan Haji Sabarudin Bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Cawangan Labuan. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Bahagian Penyelidikan serta wakil daripada zon dan setiap bahagian JAWI turut menghadiri taklimat ini.
 
Program taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan dan bertukar maklumat berkenaan isu-isu penerbitan bahan-bahan berunsur Islam seperti bahan-bahan penerbitan yang telah dikenakan perintah larangan, serta bahan penerbitan yang berlawanan dengan undang-undang. Taklimat ini juga mendedahkan kriteria dan prosedur pelupusan teks/bahan al-Quran yang dilakukan secara tertib dan mengikut syariat Islam oleh Kementerian Dalam Negeri.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI