05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Bengkel Mengurus Islamophobia Siri 2/2013
 
alt

22 Mac 2013 (Jumaat) - Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), telah menganjurkan Bengkel Islamophobia Siri 2 kepada 18 kakitangan cawangan ini bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 11, JAWI.

Bengkel hampir tiga jam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Y.Bhg Ustaz Nik Mohd Marzuki Bin Mohd Nor, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI yang juga merupakan wakil Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (Sesi Biasa ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia), Geneva, Switzerland dan OIC Group Meeting by Permanent Delegation of the Organization of Islamic Cooperation (OIC), Geneva, Switzerland pada tahun 2012.

Program dimulakan dengan mengimbas kembali beberapa perkara yang telah disentuh dari bengkel siri pertama pada 14 Mac lalu, termasuk menelusuri beberapa isu, istilah dan figura yang berkait secara langsung dengan kefahaman terhadap isu Islamophobia atau ketakutan pada agama. Ini termasuk istilah Sekular (pemisahan agama dalam hidup), Theism (percaya pada kewujudan Tuhan), Atheism (tidak percaya pada kewujudan Tuhan), Agnotistism (antara percaya atau tidak akan kewujudan Tuhan) dan Xenophobia (ketakutan kepada sesuatu yang asing/baru). Ceramah turut diselitkan dengan beberapa tayangan video menarik berkenaan Islamophobia yang menunjukkan bentuk-bentuk penghinaan terhadap Islam dan bantahan umat Islam terhadapnya.

Di samping pembentangan Laporan-laporan mengenai Islamaphobia dari Badan Peninjau Islamophobia OIC dari tahun  2008 hingga 2012, setiap peserta turut mengambil bahagian membentangkan tugasan masing-masing yang telah dtugaskan sebelum ini. Kefahaman peserta terhadap isu ini jelas apabila berjaya mengenengahkan beberapa insiden atau isu yang berlaku di luar negara dan Malaysia yang dikategorikan sebagai Islamophobia. 

Bengkel yang julung-julung kali diadakan ini bukan sahaja menambahkan kefahaman peserta terhadap isu-isu berkaitan Islamophobia tetapi turut menambah kesedaran peserta agar lebih peka dan cakna terhadap senario yang berlaku di sekeliling, dalam dan luar negara terhadap sebarang bentuk penghinaan terhadap agama.

alt alt

Kes Islamophobia Antarabangsa

alt alt

Kes Islamophobia di Malaysia

alt alt

Foto & Teks oleh:
Bahagian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)