05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Sekitar Pemantauan Aktiviti Kutipan Derma Di Pasar Tani Mega Presint 2 Putrajaya

alt
 
Pada 29 Januari 2013 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya pada jam lebih kurang 5.30 petang, tiga (3) orang Pegawai Penguatkuasa (PPA) JAWI telah pergi ke lokasi Pasar Tani Mega di Presint 2 Putrajaya bagi melakukan pemantauan dan siasatan berhubung aktiviti kutipan derma yang semakin berleluasa di kawasan tersebut.
 
PPA mendapati terdapat lima (5) orang pemungut derma daripada tiga (3) kumpulan/pertubuhan yang berbeza.
  • Kumpulan pertama adalah daripada Pertubuhan Kebajikan Addin Malaysia (AMCO)
  • Kumpulan Kedua adalah daripada Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Cheras, Kuala Lumpur.
  • Kumpulan Ketiga adalah daripada Pertubuhan Kebajikan Al-Kausar Bangi Selangor.
 
Modus operandi pertubuhan ini adalah sama dengan kumpulan yang lain iaitu bergerak di pasar malam untuk mendapat sumbangan daripada orang ramai. Para petugas kerja juga mempunyai modus operandi yang lebih kurang sama iaitu bertugas di pasar malam sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kesimpulannya, pertubuhan-pertubuhan ini menggunakan kapasiti anak yatim sebagai tarikan dan dorongan kepada orang ramai untuk memberi sumbangan disamping asas kebajikan yang lain.
 
 
Pada 19 Februari 2013 (Selasa) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya pada jam lebih kurang 5.30 petang sekumpulan PPA daripada Putrajaya dan Kuala Lumpur telah mengadakan pemantauan aktiviti kutipan derma di tapak Pasar Tani Mega Putrajaya. Hasil pemantaun tersebut, PPA telah menemui dua orang petugas memungut derma daripada Pertubuhan Kebajikan Al-Kausar, Bangi Selangor.            Kedua-dua petugas tersebut diberikan surat perintah hadir untuk member keterangan di JAWI Putrajaya dan diminta beredar daripada tempat tersebut.
 
 
Pada 22 Februari 2013 (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah mengadakan Operasi Bersepadu Pemantauan Pemungut Derma Bersama Agensi Kerajaan di Pasar Tani Mega Presint 2 Putrajaya. Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi tersebut adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya, IPD Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, JAKIM dan Perbadanan Putrajaya.
                                                                                  
Pada operasi tersebut JAWI telah menahan dua individu yang memungut derma daripada Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera. Mereka telah dikeluarkan bon jaminan penguatkuasa untuk hadir ke pejabat JAWI Putrajaya pada 26 Februari 2013 jam 11.00pagi bagi siasatan lanjut. Mereka telah ditahan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.
 
Jabatan Kebajikan Masyarakat pula telah menahan seorang wanita warga emas yang menjual tisu bagi mendapatkan sumbangan orang ramai. Warga emas tersebut diserahkan kepada anaknya setelah disoal siasat.
 
Kesimpulannya, operasi kali ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Perlaksanaan Operasi Bersepadu Pemantauan Pemungut Derma Bersama Agensi Kerajaan di Pasar Tani Mega Presint 2 Putrajaya secara tidak langsung dapat membuka mata pihak-pihak yang berkenaan tentang pentingnya menangani aktiviti kutipan derma tanpa izin yang semakin berleluasa di Putrajaya. Disamping itu, ia juga dapat mewujudkan kerjasama  yang baik antara agensi kerajaan dalam menangani isu tersebut.

 
  
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
Cawangan Putrajaya

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan Teks oleh:
Sahrin Salleh
JAWI Cawangan Putrajaya