05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Penyerahan Surau Di Atas Tanah Lot 7106, Jalan Batu Arang Kg. Durian Tunjung Wilayah Persekutuan Labuan Oleh Perbadanan Labuan Kepada JAKIM Dan JAKIM Kepada JAWI
alt
 
19 Februari 2013 (Selasa) – Satu acara penyerahan surau bertempat di Lot 7106 Jalan Batu Arang, Wilayah Persekutuan Labuan telah diadakan bermula jam 3 petang.
 
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh pihak Perbadanan Labuan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan JAKIM kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Perbadanan Labuan telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Encik Amir Onn Bin Haji Mustapha dan JAKIM oleh TKP(P) YBhg. Dato Mohd Noor Bin Abd Hamid.
 
Surau ini menelan belanja sebanyak RM6.1 juta, ianya meliputi ruang solat utama yang boleh menampung 1000 jemaah pada satu masa. Selain dari ruang solat utama, Surau ini juga mengandungi perpustakaan, bilik mandi jenazah dan bilik-bilik kelas.
 
Pembinaan surau ini dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat untuk menunaikan ibadat solat lima waktu serta menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang memberi manfaat bersama.
 
Dalam ucapannya, TKP(P) turut mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan projek ini terutamanya Perbadanan Labuan, kontraktor serta sub kontraktor yang terlibat. Majlis berakhir dengan acara penyerahan replika kunci surau oleh Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Labuan kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM daripada JKR kepada JAKIM dan JAKIM kepada JAWI yang diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Ustaz Sabarudin Bin Hasan.

alt alt

Foto dan teks oleh:
JAWI, Cawangan Labuan