Perhimpunan Pagi Dan Majlis Persaraan JAWI
Perhimpunan tersebut turut dimuatkan dengan sesi ceramah inovasi bertajuk "Pembudayaan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam" yang disampaikan oleh YBhg. Dr. A. Bakar Bin Sarpon, Timbalan Presiden Institut Integriti Malaysia. Majlis berkenaan kemudiannya diteruskan dengan ucapan serta amanat ringkas oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). YBhg. Datuk Pengarah JAWI juga turut berkesempatan beramah mesra dan menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata kepada pegawai-pegawai JAWI yang telah dan bakal bersara pada tahun ini. Antara pesara atau bakal pesara JAWI tahun 2012 ialah Encik Abdul Rahman Bin Hashim (Pembantu Am Pejabat, Bahagian Pentadbiran),Puan Darmawati Binti Mooneir (Pembantu Tadbir, Bahagian Kewangan), Encik Mohamad Wakil Bin Zainal Abidin (Pembantu Hal Ehwal Islam, Bahagian Kariah), Encik Ab. Wahab Bin Ahmad (Pemandu Kenderaan, Bahagian Pendakwaan), YM. Datin Raja Darul Ehsan Binti Raja Ariffin (Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga), Puan Samsidah Binti Samsudin (PPPLD, Bahagian Pelajaran), Puan Asmah Binti Dekam (PPPLD, Bahagian Pelajaran), Puan Aishah Binti Yaakob (PT P/O, Bahagian Penguatkuasaan) dan Puan Hajah Jamilah Binti Haji Khamis (PT P/O, Bahagian Sumber Manusia). Foto dan teks oleh: Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria |
Jumlah paparan: 5279