05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Laporan Majlis Pelancaran Buletin 'Al-Misbah' Pusat Zon 4
 alt
 
18 Mei 2012 (Jumaat) – Majlis Pelancaran Buletin 'Al-Misbah' Pusat Zon 4 telah dianjurkan oleh Pejabat Pentadbiran Zon 4 dengan kerjasama Majlis Permuafakatan Masjid Surau (MAPEMS) Parlimen Setiawangsa, bertempat di  Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju Kuala Lumpur  yang telah dihadiri seramai 250 orang pegawai serta Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau Jumaat di bawah Pentadbiran Pusat Zon 4.
 
Objektif majlis ini diadakan bagi melancarkan Buletin 'Al-Misbah' Zon 4 serta  Perasmian Pejabat Pentadbiran Zon 4,Taman Permainan Kanak-Kanak dan Sudut Ilmu. Di samping itu, pihak MAPEMS juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid/Surau dengan pemberian Jubah serta penyerahan Netbook kepada Pegawai-pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid seluruh Parlimen Setiawangsa.
 
Kandungan Buletin 'Al-Misbah' yang meliputi info-info terkini masjid Zon 4 serta tulisan-tulisan ilmiah boleh dimanfaatkan oleh orang ramai dalam mendapatkan maklumat yang jelas dan tepat, khususnya maklumat mengenai program-program imarah atau kelas-kelas pengajian yang dijalankan di masjid-masjid.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan turut dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Zulhasnan Bin Rafique, Ahli Parlimen Setiawangsa Parlimen, Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Tuan Haji Abdullah Bin Mohammad, Pengerusi MAPEMS dan Tuan Haji Mohd Basori Bin Haji Umar Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI.

alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Pejabat Pentadbiran Zon 4,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur