05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:33
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Keusahawanan Dan Kepenggunaan Halal Wilayah Persekutuan 2012
 
 alt
 
21 Mei 2012 (Isnin) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Amanah Ikhtiar Malaysia dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan, Pusat Pungutan Zakat (PPZ MAIWP) serta Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) telah menganjurkan Seminar Keusahawanan Dan Kepenggunaan Halal Wilayah Persekutuan 2012 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Seminar yang mendapat tajaan KFC Holdings (Malaysia) Bhd. /QSR Brands (M) Bhd., KPJ Healthcare Berhad serta Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan semua pihak khususnya para pengeluar, pengusaha, pembekal, pengedar dan penyelia makanan halal serta para pengguna tentang kefahaman yang jelas dalam pengeluaran dan pengendalian makanan halal.

Selain itu, ia juga merupakan satu inisiatif bagi mendekatkan usahawan dalam industri ini serta menjadi tapak asas kepada pembinaan usahawan yang benar-benar menepati asas pengetahuan berkaitan makanan halal untuk pasaran masyarakat di dalam negara khususnya dan luar negara khasnya.

Terdahulu, seminar tersebut dirasmikan oleh YBhg. Datuk Hajah Zabidah Binti Ismail, Pengarah Urusan, AIM. Turut hadir ialah YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

Seminar yang bermula pada jam 9.00 pagi ini turut mengupas isu ‘Keberkatan Bisnes Dengan Berzakat Dan Berwakaf’ dan dikelolakan oleh YBrs. Ustaz Mustapahayuddin Abdul Khalim (Penolong Pengarah Wakaf MAIJ).

Antara topik lain yang turut dibincangkan sepanjang seminar tersebut berlangsung ialah ‘Pensijilan Halal : Prosedur-Prosedur Dan Isu-Isu Terkini’, ‘Peluang Perniagaan Di Dalam Industri Makanan Halal’, ‘Peranan AIM Di Dalam Pembangunan Usahawan’ serta ‘Peluang-Peluang Perniagaan Dan Potensi Pemasaran’.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria