05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Pemantapan Akidah Siri 1/2012
 alt
 
24 April 2012 (Selasa) – Program seminar pemantapan akidah siri 1/2012 telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Hospital Kuala Lumpur, bertempat di Auditorium Besar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dihadiri seramai 300 orang pegawai dan kakitangan HKL, HUKM dan PPUM.
 
Objektif program ini adalah untuk memperkasakan kefahaman akidah kepada pegawai dan kakitangan hospital berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
Seminar berkenaan juga bertujuan untuk membangunkan kekuatan ummah dan menyebarluaskan ajaran Islam kerana masih terdapat segelintir golongan yang cuba menimbulkan kekeliruan terhadap kebenaran syariat Islam dengan membawa dan memperkenalkan kepada masyarakat ajaran-ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Keadaaan ini telah menyebabkan berlakunya beberapa perubahan negatif terhadap kepercayaan, sikap dan amalan pengikut-pengikut ajaran terbabit. Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan, pengaruh ajaran salah/sesat ini masih terus bertapak dan ianya telah menggugat akidah sebahagian kecil umat Islam di negara ini.
 
Ceramah satu telah disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli Razali, bertajuk ‘Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam’ dan ceramah dua pula telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fauzi Hamat, bertajuk ‘Isu-Isu Berkaitan Penyelewengan Akidah : Punca dan Implikasinya Kepada Umat Islam’.
 
Majlis perasmian seminar pemantapan akidah siri 1/2012 dirasmikan oleh En. Mohd Yatim Nawawi, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan, Hospital Kuala Lumpur.
 
Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JAWI, Tuan Hj. Abdullah Bin Hj. Abd. Rahman sebagai wakil pihak JAWI bagi menyampaikan kata-kata aluan semasa seminar tersebut.
 
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI
Cawangan Kuala Lumpur