05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Lawatan Kerja JAWI Ke Kilang Ayamas Food Corporation
 alt
 
17 April 2012 (Selasa) – Unit Syariah, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kilang Ayamas Food Corporation di Pelabuhan Klang, Selangor.

Lawatan ini disertai seramai 16 orang pegawai dan kakitangan dari Bahagian Penyelidikan diketuai Ketua Penolong Pengarah, YBhg. Tuan Haji  Abdullah Bin Haji Abd Rahman bertujuan untuk melihat secara lebih dekat gerak kerja yang dijalankan oleh syarikat tersebut bermula dari penerimaan ayam sehingga proses penghasilan produk akhir.
 
Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat berhubung proses kerja di pusat penyembelihan ini, yang disampaikan oleh Puan Azizah Binti Abdul Rahman, Pengarah, Intergrasi Ternakan Ayam dan Pengeluaran Makanan KFC. Para peserta lawatan seterusnya dibawa ke kilang untuk sesi lawatan. Majlis diakhiri dengan ucapan penutupan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, JAWI.
 
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur