05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012
 alt
 
23 April 2012 (Isnin) – Buat julung kalinya pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) meraikan dan memberikan pengiktirafan serentak kepada 119 pelajar terbaik dalam bidang akademik JAWI pada tahun lalu di Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012 di Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi.
 
Pelajar terbabit merupakan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA), Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011.
 
Majlis tersebut yang menghimpunkan lebih 1,400 jemputan termasuk guru-guru  turut menyaksikan lima anugerah perdana disampaikan iaitu Anugerah Perdana UPSRA, Anugerah Perdana UPKK, Anugerah Perdana PMR, Anugerah Perdana SMA dan Anugerah Perdana SPM.
 
Terdahulu, anugerah tersebut disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Bin Hj. Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Hadir sama ialah YB Dato’ Dr. Mashitah Binti Hj. Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP.
 
YB Menteri Di JPM turut mengumumkan yuran persekolahan bulanan di SRA dan KAFA, JAWI bagi tahun 2012 akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak MAIWP dengan kerjasama JAWI, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.3 juta bagi tujuan memperbaiki lagi kecemerlangan di kalangan pelajar-pelajar dalam bidang pendidikan.
 
Kini, sebanyak 84 buah Sekolah Rendah Agama (SRA), 66 buah sekolah KAFA dan 2 buah Sekolah Menengah Agama Integrasi yang berada di bawah seliaan Bahagian Pelajaran JAWI.
 
Pencapaian Peperiksaan Tahun 2011
 
UPSRA
Daripada seramai 4,618 pelajar yang mendudukinya, 414 orang telah mendapat 9A berbanding hanya 134 orang sahaja pada tahun 2010 (peningkatan sebanyak 209%).  Manakala, jumlah yang mendapat keputusan 8A pula seramai 277 orang berbanding hanya 127 orang pada tahun 2010 (peningkatan sebanyak 118.1%).
 
UPKK
Daripada seramai 7,210 orang calon yang menduduki pada tahun 2011, seramai 321 pelajar telah mendapat 8A berbanding hanya 296 orang pada tahun 2010 (peningkatan 8.4%). Pencapaian keseluruhannya adalah 100%.
 
PMR
Peperiksaan PMR 2011 telah mencatatkan peningkatan yang amat memberangsangkan dengan pencapaian 100%.  Daripada 29 orang pelajar yang mendudukinya, 25 orang telah memperolehi 9A (peningkatan 27%  dari tahun 2010), 3 orang 8A (penurunan 8% dari tahun 2010)  dan 1 orang mendapat 7A (penurunan 12% dari tahun 2010), menjadikan pencapaian keseluruhannya 100% dengan gred purata sekolah (gps) 1.02. Dengan pencapaian ini juga telah meletakkan SMA MAIWP sebagai sekolah terbaik (tempat pertama daripada 101 sekolah) di Wilayah Persekutuan di samping tempat pertama bagi kategori PMR di kalangan SABK dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di seluruh negara.
 
SMA
Daripada 125 calon keseluruhannya, 110 orang mendapat keputusan mumtaz. (Peningkatan sebanyak 53.6% berbanding tahun 2010 yang hanya seramai 53 orang) dan 15 orang mendapat jayyid jiddan (penurunan sebanyak 42.3%). Pencapaian yang memberangsangkan dengan keputusan 100% ini telah berjaya meletakkan SMA MAIWP di tempat pertama bagi sekolah-sekolah yang mengambil peperiksaan tersebut di seluruh wilayah persekutuan dan selangor.
 
SPM
Peperiksaan SPM juga turut mencatatkan kejayaan yang amat memberangsangkan. Daripada 149 orang pelajar yang  telah menduduki SPM,  3 orang berjaya mendapat keputusan terbaik dengan 11A1,  5 orang pelajar  mendapat 10A1 dan 5 orang pelajar mendapat keputusan 9A1. Pencapaian keseluruhannya adalah 100%  dengan gred purata sekolah (GPS) 2.69. Dengan pencapaian ini juga telah meletakkan SMA MAIWP berada di tempat keenam dalam senarai SABK di seluruh malaysia. Kejayaan ini amat bermakna kepada JAWI memandangkan  tahun 2011 merupakan  tahun pertama bagi pelajar-pelajar SMA MAIWP  menduduki peperiksaan tersebut.
 
alt alt
alt alt
alt alt
 
Foto oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria
Teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur