05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Seminar Ibu Hamil 2012 'Debaran Menanti Kehadiran Orang Baru'
 
 alt
 
18 April 2012 (Rabu) – Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI), Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Seminar Ibu Hamil 2012 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Seminar bertajuk ‘Debaran Menanti Kehadiran Orang Baru’ ini diadakan bagi memberi kefahaman dan penghayatan mendalam kepada peserta seminar tentang peranan dan kewajipan suami isteri dalam membina dan melahirkan zuriat yang cemerlang bermula dari awal perkahwinan.

Selain itu, seminar ini juga dapat memberi penjelasan kepada pasangan suami isteri berkaitan proses-proses kelahiran dari sudut perubatan terkini dan persediaan-persediaan yang perlu bagi menimang cahaya mata.

Seminar berkenaan memuatkan dua sesi iaitu Ceramah 1 : ‘Persediaan Menimang Cahaya Mata’, oleh YBhg. Dr. Norleen Binti Mohd Salleh, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar DEMC, Shah Alam manakalah Ceramah 2 : ‘Proses Kelahiran Dari Sudut Perubatan Terkini’, oleh YBhg. Dr. Haji Salleh Bin Mohd Yatim, Pengarah Hospital PUSRAWI (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan). Kedua-dua sesi ceramah ini diikuti dengan sesi soal jawab.
 
Terdahulu, seminar tersebut dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI. Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin Bin Haji Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI dan YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah BPPK JAWI.
 
alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria