05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

alt


Lawatan Daripada Delegasi Yayasan Pembangunan Keluarga, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Ke JAWI

29 Mac 2012 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi menjadi destinasi pilihan Negara Timur Tengah apabila menerima lawatan delegasi dari Pusat Sokongan Sosial, Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) petang tadi.

Lawatan tersebut disertai seramai lima orang dan diketuai oleh Puan Naeema Mubarak Ali Al Mazrouei, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga, UAE itu. Hadir sama mengiring delegasi berkenaan ialah dua pegawai dari Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara.

Tujuan lawatan tersebut diadakan ialah bagi mendapatkan maklumat mengenai fungsi Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga JAWI. Selain itu, delegasi terbabit juga turut mengambil peluang mendapatkan maklumat berkaitan termasuk input pra perkahwinan dan kaedah menangani masalah yang timbul di awal perkahwinan serta perundangan berkaitan yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan.

Terdahulu, taklimat berkenaan telah disampaikan oleh wakil JAWI iaitu YBhg. Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria, Penolong Pengarah dari Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pihak JAWI yang turut hadir menyambut ketibaan rombongan berkenaan ialah YBhg. Ustaz Mohamad Kori Bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah BPPK, YBhg. Ustaz Zainal Abidin Bin Sulaiman, Penolong Pengarah BPPK, YBhg. Ustaz Abdullah Bin Hashim dan YBhg. Ustazah  Fauziah Binti Md.Saad, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan) BPPK.

Delegasi terbabit juga turut dibawa untuk melihat sendiri proses membuat kad nikah 1 Jam 1 Wilayah yang merupakan salah satu inovasi JAWI setelah menikmati minum petang.
 
alt alt
alt alt
 
Foto dan teks oleh:
Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan,
JAWI, Cawangan Kuala Lumpur