05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Bengkel Kefahaman Islamophobia

 
22 Mac 2012 (Khamis) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Bengkel Kefahaman Islamophobia : ‘ISLAMOPHOBIA DIA MALAYSIA’ bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
 
Bengkel Islamophobia yang dikendalikan oleh YBhg. Dr. Zulkifli Hasan, Exco ABIM Pusat (Shariah Dan Kewangan Islam), Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa itu diadakan untuk menerangkan definisi, bentuk, implikasi, manifestasi dan faktor serta strategi tentang Islamophobia.
 
Islamophobia atau erti kata rasa fobia atau kebimbangan terhadap Islam sama ada pada penganutnya, ajarannya, budayanya dan yang berkaitan dengan Islam ini telah dihadiri oleh seramai 50 orang.
 
Bengkel tersebut turut dimuatkan dengan sesi soal jawab dan jemputan serta hadirin yang hadir berpeluang untuk mengemukakan persoalan serta bertukar pendapat mengenai topik terbabit.
 
Turut hadir, YBhg. Datuk Zainal Abidin Bin Abdul Kadir, Pengerusi ACCIN, YBhg. Puan Hajah Azizah Binti Che Hassan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, YBhg. Tuan Mohamad Sukri Bin Haji Ab. Wahab, Pendakwa Syarie Bahagian Pendakwaan, Cawangan Pendaftaran Dan Rekod, JAWI.

 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria     
 
     
 
     


Cetak   Emel