05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

15 Jun 2011 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PMR Dan SMA Tahun 2010 peringkat Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA-MAIWP) bertempat di Dewan Muktamar, JAWI.

Majlis yang disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan pihak JAWI dan MAIWP kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan yang membanggakan dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun 2010.

Penganugerahan ini juga adalah sebagai suatu motivasi dan pembakar semangat agar para pelajar lebih berhati waja, kuat berusaha, berdaya saing, tidak mudah putus asa, gigih serta tekun dalam  menimba ilmu. Pencapaian akademik yang cemerlang di kalangan pelajar dalam aliran agama ini juga membuktikan bahawa mereka juga mampu beroleh kejayaan seiring dengan rakan-rakan mereka yang menimba ilmu dalam aliran bukan agama. Kejayaan mereka bukan sahaja menjadi kebanggaan pihak JAWI dan MAIWP, malahan umat Islam seluruhnya khususnya penduduk Wilayah Persekutuan.

Pada majlis tersebut seramai 128 pelajar telah dipilih untuk menerima anugerah iaitu mereka yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun 2010; seramai 76 orang (59.3%) mendapat keputusan cemerlang dengan 9A, 23 orang (17.9%) mendapat 8A dan 20 orang (15.6%) mendapat 7A. Keputusan ini telah mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2009. Manakala bilangan pelajar yang mendapat keputusan D telah menurun kepada 0.8% berbanding tahun sebelumnya.

Peperiksaan Sijil Menengah Agama atau Kurikulum Diniyyah/Thanawi yang julung kali diadakan pada tahun 2010 juga telah berjaya mencatatkan keputusan yang amat membanggakan iaitu seramai 151 calon yang mengambil peperiksaan ini, seramai 52 orang (34.4%) daripadanya  telah mendapat keputusan mumtaz, 82 orang (54.3%) mendapat keputusan jayyid jiddan dan 16 orang (10.5%) mendapat keputusan jayyid.

Lebih membanggakan lagi apabila kejayaan yang dicapai ini telah berjaya meletakkan SMA-MAIWP berada di tangga kedua dalam senarai sekolah-sekolah agama yang mengambil subjek tersebut di seluruh negeri Selangor.

Dua Anugerah untuk Pelajar terbaik telah diberikan kepada Muhamad Aiman Zaki Bin Ahmad Lutfi dan Muhammad Fikri Bin Johan. Masing-masing menerima sebuah plak dan wang tunai berjumlah RM200.00 setiap seorang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Datuk Haji Che Mat Bin Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha MAIWP, YBhg. Dr. Haji Muhammad Yamin Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Tuan Haji Omar Bin Said, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, YBhg. Puan Zaiton Binti Abd. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pelajaran JAWI, YBhg. Tuan Haji Mohd Adnan Bin Abdullah, Pengetua SMA-MAIWP dan Pegawai-pegawai Kanan MAIWP dan JAWI serta barisan Guru-guru SMA-MAIWP.


Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria