05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

19 Mei 2011 (Khamis) – Kursus Sikap Tepat Budaya 6S-1S (Salam, Senyum, Sopan, Serasi, Serta Merta, Sensitif-Sombong) telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Success Training & Consultancy yang bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur selama dua hari bermula pada 18 Mei 2011.

Objektif kursus ini diadakan bagi menunjukkan kepentingan mempunyai sikap positif terhadap kerja dan menilai sikap peribadi dan professional serta menjadi komited terhadap mutu kerja yang tinggi dalam mencapai wawasan jabatan.

Juga mengelakkan dan seterusnya memadamkan sikap-sikap yang tidak elok dalam mencipta sikap yang baik di samping menyedari impak sikap positif dan negatif terhadap kerja, pelanggan dan situasi, malah memperkukuhkan sikap positif melalui berbagai cara pembaharuan sikap.

Kursus yang dijalankan selama dua hari yang bermula pada 18 Mei 2011 ini dikendalikan oleh Encik Affendi Bin Haji Hashim, Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia juga Konsultan dan Motivator yang dibantu oleh Isteri beliau.

Seramai 50 orang telah mengikuti kursus ini yang terdiri daripada wakil dari semua bahagian JAWI dan dipengerusikan oleh Encik Syamsul Rizal Bin Mohd Rozali. Turut hadir, sebagai Penyelaras Unit Latihan, Puan Nor Halijah Binti Dolgani dan urusetia kursus, Puan Fadzilah Binti Yusof.

Sebagai penutup, majlis penyampaian sijil telah disampaikan oleh YBhg. Puan Hajjah Syarifah Ruhani Binti Syed Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan.
 
    
 
    
 
    
 
Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria