05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

27 April 2011 (Rabu) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan lawatan bekerja ke Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor (JAJ), Johor Bahru.

Lawatan kerja ini dirancang sebagai satu inisiatif bahagian dalam mencari pengalaman, menimba pengetahuan serta menjadikan perkongsian ilmu dalam mengukuhkan maklumat agar pembanterasan penyelewengan dari segi akidah, syariah dan akhlak dapat ditangani dengan pantas dan berhikmah. Taklimat Bahagian Penyelidikan JAJ telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Yosree Bin Haji Ikhsan, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAJ.

Seterusnya rombongan telah dibawa ke Pusat Penyembelihan NB Poultry Sdn. Bhd. yang telah menjalankan penyembelihan secara sistematik dan bersih. Ahli rombongan lawatan juga telah berkunjung ke Pusat Perubatan Tradisional dan penginapan Haji Banuar Bin Roslan yang mana Negeri Selangor telah memfatwakan ajaran Haji Banuar ini sebagai sesat (Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Fatwa Tentang Ajaran Haji Banuar bin Roslan).

Pada sebelah malamnya, satu pertandingan bowling secara persahabatan telah diadakan di antara Bahagian Penyelidikan JAJ dan Bahagian Penyelidikan JAWI bertujuan bagi merapatkan lagi jalinan ukhuwwah yang sedia terjalin.

    
 
    
 
    

Foto dan teks oleh:
Bahagian Penyelidikan, JAWI
Cawangan Wilayah Persekutuan