05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

16 Mac 2011 (Rabu) – Bagi menjalinkan hubungan baik dan semangat kerjasama dengan ‘Smart Partner Ship’ telah diadakan Kunjungan Hormat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Brickfields ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Dewan Syura Perdana, Menara Pusat Islam, pagi tadi.

Objektif utama program ini diadakan bagi mengadakan perbincangan program ini untuk meningkatkan ilmu agama  dalam diri Orang Kena Pengawasan (OKP) dalam mengekalkan proses pemulihan penagihan dadah.

Antara program yang dibincangkan, antaranya mengenai Intervensi Pengekalan Dalam Kepulihan, Sambutan Kebesaran Islam (Nuzul Quran, Nisfu Sya’ban, ‘Aidilfitri, ‘Aidil Adha dll.), Kem Khemah Ibadah, Qiamullail, Kursus Pengurusan Jenazah, Seminar Menghindar Zina, Bengkel Tahsin Solat, Ihya’ Ramadhan, Bengkel Tahsin Quran, Malam Kesenian Islam dan Gotong Royong (Membersihkan Kubur, Masjid, Surau dll.)

Turut hadir, YBhg. Puan Hajjah Ramlah Binti Yong, Timbalan Pengarah (Operasi), Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Yusof, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah, Abdul Malek Bin Ghazali, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah dan Khairunnisak Binti Abd. Halim, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah.

    

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria