05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Kursus Pengenalan Pegawai Lantikan Baru Siri 1/2014
alt

19 Mac 2014 (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Pengenalan Pegawai Lantikan Baru Siri 1/2014 selama dua hari berturut-turut bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur.
 
Objektif kursus ini adalah bagi pegawai lantikan baru memahami peranan dan tanggungjawab sebagai penjawat awam serta dapat menguruskan tugas-tugas mengikut panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
 
Kursus dimulakan dengan majlis perasmian yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) selaku mewakili Pengarah JAWI, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya. Seterusnya taklimat diteruskan mengenai Pengenalan JAWI yang disampaikan oleh Puan Noor Fariza Binti Abu Bakar (Penolong Pegawai Penerangan), Program Transformasi Minda (PTM) oleh Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dan Integriti Penjawat Awam oleh Pegawai SPRM.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Musa Bin Ranli (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan) dan YBhg. Puan Hajjah Zaiton Binti Abd Rahman (Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran).

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria