05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Program I Love Islam:
Kempen Anti-Valentine


alt

 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Keputusan ini selaras dengan Hadith Nabi riwayat Abu Daud yang bermaksud: "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut".
 
Justeru, Cawangan Hadharah dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI bersama kakitangan dan jawatankuasa Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati telah menganjurkan Program I Love Islam bermula 13 hingga 14 Februari 2014 bertujuan memberi kefahaman tentang konsep cinta yang sebenar dan memberi kesedaran tentang pengharaman sambutan Valentine's Day khususnya kepada golongan remaja.
 
Program dimulakan pada hari pertama dengan Forum Perdana "I Love Islam". Hari Kedua bermula dengan Qiamullail bersama kariah masjid. Jam 7.30 pagi, para sukarelawan terdiri daripada penunggang motorsikal berkuasa besar berkumpul bagi mendengar taklimat sebelum bertolak ke destinasi pertama iaitu Sekolah Rendah Wangsa Melawati. Destinasi kedua adalah Sekolah Menengah Wangsa Melawati, seterusnya Kolej Vokasional (Ekonomi Rumahtangga), Setapak dan akhir sekali Sekolah Rendah Agama Al-Amin, Wangsa Melawati. Ceramah ringkas yang disampaikan oleh Ketua Imam, Ustaz Yahya Mahyuddin B Utoh Said bersama persembahan khas oleh artis terkenal tanahair Cik Heliza Helmi di setiap lokasi, mendapat respon luar biasa dari para guru dan pelajar-pelajar yang hadir purata 100-150 orang.  Pergerakan konvoi yang melibatkan hampir 20 bikers dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI ini juga turut mengambil kesempatan mengedarkan risalah dan pelekat "No Valentine" kepada setiap pelajar.

Program Dakwah Bil Hal sebegini perlu menjadi acara tahunan dan diperbanyakkan di semua tempat agar golongan remaja dan kanak-kanak dapat didedahkan dengan hiraki cinta yang hakiki iaitu Allah, Rasul, ibu bapa, ilmu ukhrawi dan duniawi dan akhirnya kekasih. Ini perlu supaya generasi pewaris Nabi ini tidak tersilap langkah, leka dan hanyut dalam khayalan cinta sesama manusia yang merosakkan maruah bangsa, agama dan diri sendiri.

alt alt
alt alt
alt alt
alt alt
alt alt

Foto & Teks oleh:
Cawangan Hadharah & Kefahaman Islam
Bahagaian Pengurusan Dakwah
Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan (JAWI)