05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H
alt
 
25 Januari 2014 (Selasa) – Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1435H/2014M telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
 
Sambutan Maulidur Rasul tahun ini sekali lagi bertemakan ‘Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ diadakan bagi mengingati ulang tahun kelahiran insan terpilih Nabi Muhammad S.A.W. yang telah membawa hidayah ke sekalian alam.
 
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan sebagai salah satu taqwim tahunan selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan. Program seumpama ini mampu dijadikan wadah penyatuan umat Islam dan penyebaran syiar Islam khususnya kepada seluruh masyarakat Wilayah Persekutuan.
 
Sebanyak 38 kontijen turut menyertai perarakan ini yang terdiri daripada wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta dan wakil-wakil NGO yang lain. Selain ceramah, acara perarakan dan selawat dari pelbagai agensi dan kontijen seluruh wilayah turut diadakan penyampaian Anugerah Maulidur Rasul sebanyak 14 kategori yang dipertandingkan.
 
Antara kategori yang dipertandingkan, Anugerah Khas Maulidur Rasul (10 individu) dan pemenang menerima saguhati RM1500 setiap seorang, piala dan sijil penghargaan. Manakala bagi Anugerah Pengurusan Masjid Terbaik, Pengurusan Surau Jumaat Terbaik, Pengurusan Surau Biasa Terbaik dan Anugerah Khas NGO masing-masing menerima saguhati RM5000, piala dan sijil penghargaan.
 
Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha (Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) selaku mewakili YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
Turut hadir, YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI dan YBhg. Tuan Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI.

alt alt
alt alt
alt alt

Foto dan teks oleh:
Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria